Monday, April 28, 2008

Faedah Membaca

  • menggunakan masa lapang dengan berfaedah
  • mendapatkan maklumat yang tepat
  • menimba pelbagai ilmu
  • hobi yang amat menguntungkan
  • mendapat panduan dan iktibar
  • menjana fikiran ke arah yang positif
  • membuka minda yang kreatif
  • membantu mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang
  • menjadikan buku sebagai teman dikala berseorangan
  • menghiburkan
  • mendapatkan bahan yang bermutu untuk berbahas atau berceramah
  • boleh dilakukan di mana-mana dan pada ketika yang sesuai
  • menambah pengetahuan
  • meminati dan mencintai ilmu pengetahuan
  • mendapat pahala sebagi ibadah kepada Allah terutamanya membaca Al-Quran, kitab-kitab hadis dan agama
  • menjadi bijak dan rasional
  • berkongsi idea dan pengalaman dengan pengarang atau penulis
  • menggali ilmu daripada pujangga dan pemikir-pemikir agung dunia
  • membaca tidak sedikit pun merugikan masa, tenaga atau wang ringgit
  • membaca lebih baik daripada berbual kosong atau melepak
  • melatih otak dan minda agar sentiada aktif dan pantas serta boleh mengelak daripada masalah lupa

Pusako Kito Pepatah Petitih

Ibarat kayu yang rendang
batangnya tempat berlindung
banirnya tempat bersandar
akarnya tempat bersila
dahannya tempat bergantung
daunnya tempat berteduh;

cerdik nak kan rundingnya
kok alim nak kan doanya
kok kaya nak kan emasnya;

tuah mata berhulu
tuah parang bersarung
tuah sarung bersimpai
tuah rumah bertunggu
tuah kampung berjago
tuah kelamin berketurunan
tuah dusun bermusim
tuah hidup berjaso.

bagai kuku dengan daging
bagai sedarah seibu bapa
kurang beri memberi
lebih tambah menambah
hidup sekandang sehalaman
hidup seatap selantai
pahit sama ditelan
masam sama dirasa
kalau manis beri memberi.

6M

Musyaratah - menepati syarat-syarat kerjaya
muraqobah - mengawal diri secara berterusan
muhasabah- menilai diri sendiri
mu'aqobah - mengekalkan tindakan yang benar secara berterusan
mu'atabah - menghakis sifat-sifat buruk
mujahada - berusaha bersungguh-sungguh

Pusaka

Musim berubah
Pusaka Bergilir
Kehidupan manusia tetap berubah

Sunday, April 27, 2008

hadis nabi

"Apabila mati anak Adaam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya."

Friday, April 25, 2008

BUKU BARU



BUKU TERBITAN TERBARU!!!

JUDUL: HAJI ABDUL WAHID SHAMSUDIN: TOKOH ULAMA SILAM 2

PENERBIT: JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

TAHUN TERBITAN: 2008

PENULIS: SITI ADNON HAJI ABD.WAHID

ULASAN: BUKU BIOGRAFI INI MENCERITAKAN RIWAYAT HIDUP TOKOH ULAMA SILAM HAJI ABDUL WAHID BIN SHAMSUDIN SEJAK KECIL, ALAM REMAJA , PERSEKOLAHAN, DUNIA PEKERJAAN SEHINGGALAH BELIAU MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KADI DAERAH SEREMBAN SETERUSNYA SEBAGAI KADI BESAR NEGERI SEMBILAN. BELIAU TERLIBAT SECARA LANGSUNG UNTUK MENYEBAR DAN MENGEMBANGKAN SYIAR ISLAM DI NEGERI SEMBILAN.

Ilmu boleh di dapati di mana-mana.... namun begitu kunjungilah perpustakaan di tempat anda bagi menambah ilmu di minda